Assalamualaikum w.b.t. dengan rahmat Allah s.w.t ar-Rahman dan ar Rahim kali ni akan ceghita sikit pasal salah satu tanda-tanda kiamat iaitu tanah arab kembali menjadi subur.jom mai pakat baca sat.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
-صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ
الْمَالُ وَيَفِيضَ حَتَّى يَخْرُجَ الرَّجُلُ بِزَكَاةِ مَالِهِ فَلاَ
يَجِدُ أَحَدًا يَقْبَلُهَا مِنْهُ وَحَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ
مُرُوجًا وَأَنْهَارًا
»
Gambaq2 hat bahagian ataih ni adalah merupakan daripada kawasan tabuk di dulunya kawasan ini pernah berlakunya peperangan. Pernah saudara/i dengar tentang perang tabuk? jika ya, inilah tempatnya. Di mana dulu disini hanyalah kawasn padang pasir saja semasa berlaku perang, sekrang adna melihat sendiri.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَعُودَ
أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجاً
وَأَنْهَاراً وَحَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ بَيْنَ
الْعِرَاقِ وَمَكَّةَ لاَ يَخَافُ إِلاَّ ضَلاَلَ الطَّرِيقِ وَحَتَّى
يَكْثُرَ الْهَرْجُ ». قَالُوا وَمَا الْهَرْجُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ
« الْقَتْلُ ».
Bayangkan dulunya apabila kita sebut saja tanah arab maka pastinya secara automatik akan pikiaq pasal padang pasir kan?.sekarang tanah arab yang asalnya daripada padang pasir dan tanah yang segar kembali subur serta pada tahun 2012 (kalu xslp la) berlakunya peristiwa yang cukup aneh dan pelik dimana SALJI dan HUJAN turun dengan lebat sehingga kawasan tanah arab menjadi banjir. Tidak percaya? ini buktinya
Begitu juga di padang arafah kini menjadi subur dan semakin menghijau
Jelaslah semakin dekatnya kiamat dengan kita umat nabi Muhammad s.a.w, seperti yang telah dikatakan oleh baginda : Rasulullah saw. bersabda: Waktu aku diutus (menjadi rasul) dan waktu
hari kiamat adalah seperti jarak antara kedua jari ini. (Shahih Muslim)
Ya ALLAH semakin dekatnya kiamat, dah begitu byk tanda2 kiamat yang sudah berlaku di sekeliling kita namun sayangnya kita semakin alpa dengan arus duniawi dan semuanya berlaku tanpa kita sedar dan tidak prihatin dengan semua ini.
Bayangkan kiamat berlaku dalam waktu yang terdekat ini, bagaimana keadaan kita?....
Adakah kita akan menangis dengan penuh keinsafan dan tergesa-gesa untuk mengerjakan ibadat dengan sebanyak2nya dalam waktu yang semakin hampir?.
Adakah kita mampu melawan dengan Dajjal dan bersedia untuk menentangnya habis-habisan.
Bagaimana dengan bekalan kita untuk dibawa ke sana? adakah anda pasti bahawa neraca timbangan anda akan berat ke kanan(kebaikan) semasa dihisab di sana?
Allah, Allah, Allah...tak termampu untuk bayangkan bagaimana nanti.
p/s: Oleh itu, sedang masa masih berputar ini, mari berubah dengan kembali bertaubat pdNYA dan mengamalkan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg di larang. Ayuh membanyakkan amal ibadat kita.












No comments:
Post a Comment