Assalamualaikum w.b.t, arap ampa semua sehat la hendaknya ya, ok sebelum ampa tgk isi, 1stly nak pesan sebelum nak sebarkan apa2 ceghita makesure beghita hat ampa dengaq 2 sahih dulu, mai dari sumber mana?betoi ka dak? baru ley dok p sebaq cita tu tapi makesure cita hat baik la hat ada unsur mengutuk,mengumpat xpayah la.t sia2 dapat dosa kering. OK kali ni entry tentang hadis2 palsu bulan rejab,byk sgt hadis2 palsu ni yg bertebaran di media massa ini terutama internet. so ni ak nak kongsi sikit tentang hadis2 palsu ni. selamat membaca~~~
Hadis-hadis Palsu Yang Popular di Bulan Rejab
"Sesungguhnya
di Syurga ada sungai yang dinamakan ‘Rejab’ airnya lebih putih dari
susu dan lebih manis dari madu, barangsiapa yang puasa satu hari pada
bulan Rejab maka Allah akan memberikan minum kepadanya dari air sungai
itu.”(Periwayat majhul(periwayat tidak dikenali).Imam adz-Dzahaby
berkata: “Mansyur bin Yazid al-Asadiy meriwayatkan darinya, Muhammad
al-Mughirah tentang keutamaan bulan Rejab. Mansyur bin Yazid adalah
rawi yang tidak dikenal dan khabar (hadits) ini adalah bathil.” (Lihat
Mizaanul I’tidal (IV/ 189)
"Barang siapa yg berpuasa sehari pada
bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan."Periwayat
matruk(periwayat suka berdusta).(Kata Imam an-Nasa’i: “Furaat bin
as-Saa’ib Matrukul hadits.”)
"Rajab bulan Allah, Sya’ban bulanku
dan Ramadhan adalah bulan ummatku."Kata Syaikh ash-Shaghani (wafat th.
650 H): Hadits ini maudhu(palsu)
"Barang siapa yg berpuasa 3
hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan
barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan
daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8
hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari
pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari
bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah."Periwayat
matruk.Imam an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadits.” Sedangkan kata
Imam al-Bukhari: “Dia dituduh sebagai pendusta.”
"Keutamaan
bulan Rajab atas bulan-bulan lainnya seperti keutamaan al-Qur’an atas
semua perkataan, keutamaan bulan Sya’ban seperti keutamaanku atas para
Nabi, dan keutamaan bulan Ramadhan seperti keutamaan Allah atas semua
hamba.”(Kata al Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalany: “Hadits ini palsu.”)
"Barangsiapa
solat Maghrib di malam pertama bulan Rajab, kemudian solat sesudahnya
dua puluh raka’at, setiap raka’at membaca al-Fatihah dan al-Ikhlash
serta salam sepuluh kali. Kalian tahu ganjarannya? Sesungguhnya Jibril
mengajarkan kepadaku demikian.” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang
lebih mengetahui, dan berkata: ‘Allah akan pelihara dirinya, hartanya,
keluarga dan anaknya serta diselamatkan dari azab kubur dan ia akan
melewati as-Shirath seperti kilat tanpa dihisab, dan tidak
diseksa."(Kata Ibnul Jauzi: “Hadits ini palsu dan kebanyakan
rawi-rawinya adalah majhul (tidak dikenal)
"Barang siapa yg
berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya
mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari
Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan
Tahlil dan Takbir."(Periwayat matruk.Dalam sanadnya ada rawi yg bernama
Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.)
"Barang
siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat
malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan
kepadanya dari buah-buahan Syurga."(Periwayat matruk.Dalam Kitab
Al-Laaly.Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu.)
Barangsiapa
puasa satu hari di bulan Rajab dan solat empat raka’at, di raka’at
pertama baca ‘ayat Kursiy’ seratus kali dan di raka’at kedua baca
‘surat al-Ikhlas’ seratus kali, maka dia tidak mati hingga melihat
tempatnya di Syurga atau diperlihatkan kepadanya (sebelum dia
mati)”(Kata Ibnul Jauzy: “Hadits ini palsu, dan rawi-rawinya majhul
serta seorang perawi yang bernama ‘Utsman bin ‘Atha’ adalah perawi
matruk menurut para Ahli Hadits.”)
Apakah yg sepatutnya di lakukan?
"Seorang
lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu
perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata :
Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka
sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan
terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"(Riwayat Ahmad)
::
Bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. ::
Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu).
Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi) ::Tidak ada
solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi). ::Bulan
Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa
sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi) ::Berpuasa pada
bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan
(Al-Qardhawi) ::Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg
lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq) ::Tidak
boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg
Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (Mazhab
Hanbali- Al-Jaziry)
Wallahualam..